Ini Senjata Mematikan yang Digunakan Vietnam untuk Kalahkan Amerika Serikat

Baca Juga

MATA INDONESIA, JAKARTAPerang Vietnam berlangsung selama delapan tahun. Menguras tenaga, darah dan dana miliaran dolar. Di akhir perang, tentara AS meninggalkan Vietnam dengan kekalahan. Mereka gagal menaklukkan gerilyawan Vietkong dan North Vietnam Army (NVA), tentara reguler Vietnam Utara.

Tercatyat ada sekitar 58.000 tentara AS tewas dalam perang Vietnam. 1.000 Tentara hilang dan 150.000 terluka dalam perang yang melibatkan AS sejak tahun 1965 hingga 1973 ini. Dan pada akhirnya Amerika Serikat harus menyerah dengan Vietnam.

Nah, disini kita buka lagi membahas kenapa mereka meninggal dunia, namun senjata apa yang tentara Vietnam gunakan hingga menang melawan Amerika Serikat yang memiliki persenjataan canggih. Berikut jenis senjata yang digunakannya:

  1. Raifel M-16

Senjata M-16 diperkenalkan semasa peringkat awal penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, menggantikan raifel M-14 yang digunakan sebelumnya. M-16 dianggap tidak sebaik senjata AK-47 yang digunakan oleh pihak musuh. Tetapi M-16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan AK-47 serta menggunakan kaliber 5.56mm. Peluru M-16 beratnya hanya 55 grain berbanding 155 grain untuk peluru 7.62mm NATO.

M-16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.

  1. AK-47 Kalashnikov

AK-47 adalah sejenis senapang tempur (assault rifle) buatan Rusia yang menjadi satu ikon pergerakan pemberontakan di seluruh dunia. Senjata ini adalah rekaan Mikhail Kalashnikov. Namanya bermaksud (Avtomat Kalashnikova) “Automatic Kalashnikov 1947”. Pada asalnya, senjata ini dibuat oleh Izhevsk Mechanical Works.

AK-47 menjadi senapang tempur utama Soviet Union dan kesemua negara komunis dan juga pihak-pihak memberontak di Asia, Eropa, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

  1. Simonov SKS 7.62mm

Senapang jenis Simonov SKS (Samozaryadnyj Karabin Simonova = Simonov Self-loading Carbine) adalah sejenis senapan karbin separa automatik yang dicipta oleh pencipta Soviet Union bernama Sergei Gavrilovich Simonov (1894 – 1986). Prototaip SKS dibuat pada awal tahun 1945 dan diuji di medan tempur dalam peperangan menentang tentara Jerman.

  1. Mesingan M60

Mesingan M60 adalah sejenis mesingan tempur yang mempunyai kaliber 7.62mm. Secara formalnya, senjata ini dipanggil Machine Gun, 7.62mm, M60 menggunakan katrij peluru 7.62 x 51 mm yang disalur menggunakan belt feed.

Mesingan M60 boleh digunakan sebagai senjata pertahanan ataupun senjata serangan. Dalam kegunaan sebagai senjata serangan, ia boleh digunakan dengan kadar tembakan yang lebih tinggi, dan mempunyai jarak berkesan yang lebih jauh.

Sebagai senjata pertahanan, keupayaan mesingan disepadukan dalam persiapan pertahanan sesebuah unit tentera.

  1. Mesingan Browning M2.50 Cal

Mesingan Browning jenis M2-50 cal adalah sejenis mesingan berat yang direka untuk kegunaan menembak kapal terbang. Ia dikenali dengan panggilan Ma Deuce ataupun 50-cal di kalangan anggota tentera Amerika Serikat.

Mesingan ini digunakan secara meluas dalam perang dunia II, dalam Perang Korea dan Perang Vietnam. Mesingan ini masih digunakan sebagai senjata sekunder di atas kereta kebal dan kereta perisai dan juga sebagai senjata pertahanan di atas kenderaan.

  1. Mesingan RPD 7.62mm

Mesingan RPD adalah sejenis Mesingan butan Rusia yang digunakan oleh kebanyakan tentera negara-negara Komunis. Mesingan RPD direka untuk tentara soviet dalam tahun 1944 untuk kegunaan sebagai senjata automatik bantuan untuk skuad tentera.

Di Cina, senjata ini ditiru dan dikeluarkan dengan beberapa diubah dalemannya dan diberikan nama Type 56. mesingan ini kemudiannya dibekalkan dengan banyak untuk kegunaan NVA dan juga NLF (viet cong) semasa Perang Vietnam.

  1. Pelancar Grenad M79

Pelancar (atau Pelontar) Grenad M79 adalah sejenis senjata yang menjadi masyhur semasa mula digunakan di dalam Perang Vietnam. Tentera Amerika Syarikat menggelarkannya sebagai Thump Gun, Blooper ataupun Thumper. Di kalangan tentera Australia, ia dipanggil Wombat Gun.

Senjata ini kelihatan seperti senapang patah dengan laras yang besar yang dipotong pendek. Larasnya dipatahkan ke bawah untuk mengisi grenad. Senjata ini boleh menembakkan grenad tabur, damak ataupun insidiari.

  1. RPG-7

RPG 7 adalah sejenis senjata pelancar roket anti kereta kebal buatan Soviet Union. Di Rusia, ia dikenali dengan nama РПГ-7, dan dikeluarkan secara meluas untuk kegunaan Soviet Union dan sekutunya.

RPG-7 adalah senjata anti kereta kebal mudah alih yang ditembak ketika dikandar di atas bahu untuk melancarkan sebuah grenad yang didorong tujahan roket.

TINGGALKAN KOMENTAR

Silakan masukkan komentar anda!
Silakan masukkan nama Anda di sini

Berita Terbaru

Resmi Jadi Kader NasDem, Sutrisna Wibawa bakal Bersaing Ketat dengan Bupati Gunungkidul

Mata Indonesia, Yogyakarta - Mantan Rektor Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Sutrisna Wibawa, telah resmi bergabung sebagai kader Partai Nasional Demokrat (NasDem). Hal ini jelas memperkuat dinamika politik Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) Gunungkidul 2024.
- Advertisement -

Baca berita yang ini